Monday, November 7, 2011

Program Eiduladha - Tmn Desa Baiduri

1. Malam Hari Raya...

Takbir Rumah ke Rumah Malam Hari Raya Eiduladha telah dijalankan
selepas solat isyak, semua jemaah Surau Tmn Desa Baiduri telah menyertai
program ini.Rumah jemaah yang terlibat ialah : 

1. Rumah Tn Hj Dzuki - Jln 1B
2. Rumah Tn Hj Yahaya Husin - Jln 1B
3. Rumah En Mohd Nor Abd Hamid - Jln 1C
4. Rumah En Azmi Mahmud - Jalan Satu.

Tujuan program takbir rumah kerumah ini adalah untuk mengeratkan lagi
silaturahim antara jemaah, disamping itu kita dapat menghidupkan malam
raya tersebut dengan banyak mengingati ALLAH dengan bertakbir,
bertahmid dan berdoa.Program ini dipimpin olih Imam Surau Al Mukhlisin,
Tn Imam En Abd Aziz bin Zakaria dan Imam En Azmi bin Mahmud.
Semuga Program Takbir rumah kerumah ini akan mendapat keredaan Allah...
Insyaallah...
















2. Solat Sunat Eiduladha..

Solat Sunat Eiduladha telah dijalankan di Surau Tmn Desa Baiduri bermula 
jam : 8-30 pagi.Katib bertugas ialah Imam Ust  Hj Ahmad dari Masjid
Al Ehwaniah Tmn Cheras Utama,bilal bertugas ialah En Rosedin bin Habibun.
Pada hari itu juga pihak surau ada membuat kutipan derma dari para jemaah,
jumlah kutipan yang terkumpul ialah RM513.00...
Pihak AJK surau mengucapkan ribuan terima kasih pada penderma-penderma.

AJK surau dan AJK badan Khairat Kematian mengambil 
kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eiduladha,
maaf zahir & Bathin kepada warga Desa Baiduri...

Monday, October 31, 2011

Hari ARAFAH



- Hari Arafah hari istimewa.

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada satu hari dimana Allah Taala paling ramai membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah." (Sahih Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang kepadaKu.“.(HR Ahmad)

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.

Rasulullah saw. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Rasulullah saw.mengatakan, Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (HR Muslim)


Hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah.

Allahu Akbar.

Tuesday, October 11, 2011

Mencari keberkatan......














5 Perkara Allah SWT menghalang keberkatan hidup kita...



1- Sesiapa tidak menun
aikan zakat, Allah SWT menolak keselamatan hartanya.
 

2- Sesiapa tidak suka bersedekah Allah SWT akan mengurangkan kesihatannya.
 

3- Sesiapa tidak membayar zakat tanaman, Allah SWT mengurangkan keberkatan tanahnya.
 

4- Sesiapa tidak suka berdoa, Allah SWT, Allah SWT juga tidak suka menerima permintaannya.
 

5- Sesiapa tidak mengambil berat tentang solat, Allah SWT menolak ucapan kalimah La Ilaha Illallah ketika matinya.
 

Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2, M/S: 459.


Tuesday, September 13, 2011

BIODATA IBLIS







Nama : IBLIS LAKNATULLAH


T.Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.


Status diri : Fasik kelas pertama.

 
Agama : Kufur.

 
Tempat Tinggal : Hati-hati mereka yang lalai.

 
Alamat Tetap : Neraka jahanam.

 
Kawasan : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok.


Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya.

Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah.

 
Modal pusingan : Angan angan kosong.

 
Tempat pertemuan : Pasar pasar.

 
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa.

 
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'.


Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya.

Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir.

 
Kelemahannya : Bila orang membaca istighfar.

 
Logo : Sebarang tatu.

 
Pejabat operasi : Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat.

 
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia.

 
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba.

 
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah.

 
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat.

 
Matlamat : Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam.


Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran.

Ganjaran : Dosa dan kemurkaan Allah.

 
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam.

 
Makanan kegemaran : Daging orang mati dan segala najis dan kotoran.

 
Yang ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa.

 
Yang dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah.

 
Alat perangkap : Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya.


Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak.

Tugas yang paling disukai : Homoseks dan lesbian.

 
Janji janji : Janji kosong,angan angan dan tipu daya.

 
Yang membuatnya menangis : Bila orang sujud kepada Allah.

 


'Mari kita sama-sama memperbykan bacaan istighfar'

 TAYIBAH.COM


Sunday, September 4, 2011

Puasa 6 Syawal Sekali Dengan Qadha’



BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka.

Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu ‘puasa enam’. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.
Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.” (Riwayat Muslim)
Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.

Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat.
Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.
Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.
Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.
Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.
Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.’
Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.
Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.
Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.
Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.
“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih).”
Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.

Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.
Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.


 Selamat Hari Raya Eidul Fitri
Maaf & Zahir dan Bathin....



2011M/1432H

Wednesday, August 31, 2011

Solat Sunat Eidul Fitri....2011

Mari kita tonton sekejap solat Sunat Eidul Fitri dari saudara-saudara

kita dari Seluruh Dunia...sila klik  web dibawah :-

"Solat Sunat Eidul Fitri....2011"

Kami mengucapkan - Selamat Hari Raya Eidul Fitri

Maaf Zahir dan Bathin dari seluruh Ajk Surau 

Al Mukhlisin dan Ajk Badan Khairat Kematian 

Taman Desa Baiduri Cheras, Selangor - kepada

kaum muslimin & muslimat dan seluruh warga 

Taman Desa Baiduri.

 

Terima Kasih...2011M/1432H

Sunday, August 14, 2011

Kelebihan Membaca AlQuran dibulan Ramadhan


Apabila datangnya bulan Ramadhan kebiasaanya pihak sekolah dan asrama pasti akan mengadakan majlis tadarus Al Quran dan usrah untuk menghidupkan amalan membaca Al Quran di bulan Ramadhan. Kini masa belajar kat universiti atau diluar dari sekolah semuanya terletak pada tangan kita sendiri untuk menghidupkan amalan membaca ini. Jika kita tahu amalan membaca Al Quran ini satu amalan yang sangat berguna dan besar ganjarannya pasti kita kan rajin membacanya, ibarat jika kita membaca Al Quran tiba2 terjatuh duit RM 10 setiap satu patah perkataan, di bulan puasa plak jatuh RM1o k, umpama sahaja, tetapi sebenarnya ganjaran yang Allah swt bagi sangat besar jika dibandingkan dengan nilai duit. Jadi untuk menyemarakkan semangat membaca Al Quran di bulan Ramadhan ini, jom baca satu artikel yang saya petik dari laman JAIS.



Kelebihan Membaca Al Quran Dalam Bulan Ramadhan.
Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya  tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia." 

Kita dikehendaki membaca ,mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

RAsulullah s.a.w telah bersabda bermaksud : 
" Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran

Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda Rasulullah lagi bermaksud 
" Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh"

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : 
Daripada Ibnu Umar r.a berkata " Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

Pahala membaca al-Quran
Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
" Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda 
" Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai"

Kesimpulan
1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk (diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala
2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100 kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala
3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) =Cuba kira sendiri ...

Wullahualam.....