Thursday, January 2, 2014

Majlis Penyampaian Zakat - Syarikat Felcra Bina Sdn Bhd.


Majlis Penyampaian Zakat kepada fakir & miskin anak kariah Surau Al Mukhlisin
telah diadakan  pada 29 December 2013.Majlis bermula dengan Solat Maghrib.
Selepas Solat Maghrib, tazkirah 'ZAKAT' telah disampaikan olih
Yang Berbahagia Ust Baharudin (PAID).

Selepas Solat Isyak, majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Surau,
Tn Hj Nik Saberi bin Mohamad Zin.Pengerusi Surau mengucapkan syabas
dan terima kasih kepada Badan Khairat Kematian Tmn Desa Baiduri kerana 
menjayakan program ini, khasnya kepada En Samsudin bin Jumian dan
Tn Hj Abidin bin Othman.

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat FELCRA BINA
Sdn Bhd penyumbang zakat perniagaan tersebut.Beliau berharap syarikat
FELCRA BINA Sdn Bhd bertambah maju dan seterusnya dapat menyalurkan
zakat syarikat pada masa hadapan.

Seramai 34 orang telah dipilih untuk menerima zakat tersebut.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam 'Nasi Ambang'.

Tn Hj Abidin dan Tn Hj Nik Saberi














Pengerusi Surau menyampaikan zakat


























Pengerusi Badan Khairat menyampaikan zakat


























Tim. Pengerusi Badan Khairat menyampaikan zakat


























Penerima zakat membuat tandatangan pengesahan













Jamaah muslimin Surau dlm majlis tersebut













Jamaah muslimat













Penerima zakat



























Admin...