Mesyuarat Agung kali ke : (9) surau Al Mukhlisin telah berlangsung pada :
18 October 2015di perkarangan surau. Mesyuarat kali ini membentangkan
lapuran aktiviti, lapuran kewangan surau dan Badan Khairat Kematian
Taman Desa Baiduri bermula : 1 Januari 2014 hingga 31 December 2014.
Mesyuarat Agung surau dirasmikan oleh Tn Nazir Masjid, Tn Hj Karim.
Selepas perasmian mesyuarat, majlis berhenti rehat untuk jamuan minum
pagi. Mesyuarat Agung bermula selepas jamuan minum tersebut.
Kehadiran jamaah (muslimin dan muslimat) untuk mesyuarat ini ialah :
103 orang.
Mesyuarat selesai dan ditangguhkan lebih kurang jam : 12 45pm.
Selepas itu, jamaah dijemput untuk jamuan makan tengahari yang
disediakan oleh pihak surau.
Pengerusi Majlis dan SU Surau En Zulkarnain |
Ucapan Pengerusi Badan Khairat - Tn Imam Abd Aziz |
Ucapan Tn Pengerusi Surau - Tn Hj Nik Saberi |
Perasmi - Tn Nazir Masjid Tn Hj Karim |
Penyampaian cenderahati kepada Tn Nazir |
Semua jamaah yang hadir pada mesuarat agung ini
menerima cenderahati dari pihak surau....
No comments:
Post a Comment