Saturday, December 15, 2012

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT - CUCU PERTAMA


Sahabat kita, Tn Hj Ghazali bin Sulaiman AJK Surau Al Mukhlisin merangkap
Bendahari Badan Khairat Kematian Taman Desa Baiduri telah mengadakan
majlis spt di atas sempena mendapat cucu yang pertama.
Kami, bagi pehak AJK Surau Al Mukhlisin dan AJK Badan Khairat
mengucapkan tahniah diatas kurniaan tersebut.

Sekitar 'Majlis Belah Mulut' tersebut...

'Datuk' - penuh semangat..



















Imam - Memulakan Majlis..



















Suspennnn..





















Majlis 'Belah Mulut'



















Sedappp..



















Jamaah - Majlis Tahlil & Doa Selamat



















Terima Kasih..
Admin.



Sunday, December 9, 2012

MESYUARAT AGUNG SURAU AL-MUKHLISIN KALI KE - 6


Bertempat : Di Perkarangan Surau Al-Mukhlisin
Taman Desa Baiduri Cheras.

Tarikh : 9 Disember 2012 (Ahad)
            25 Muharram 1434

Masa : 8.30 pagi.

Perasmian : Tuan Hj Abd Karim bin Md Nor
                    Nazir Masjid Al-Ikhwaniah.

Mesyuarat surau telah berjalan  dengan lancar, selepas dirasmikan oleh Nazir
Masjid.Dalam ucapan perasmian Tuan Nazir menasihatkan ibu-bapa supaya
sama-sama menasihati anak-anak kita agar tidak terjebak dari segala kegiatan
yang tidak diingini. 
Selepas perasmian mesyuarat, majlis berhenti minum, mesyuarat diteruskan
dengan pebentangan lapuran aktiviti tahun 2011, lapuran kewangan surau 2011,
lapuran aktiviti Badan Khairat Kematian Taman Desa Baiduri dan lapuran
kewangan Badan Khairat 2011 .
Kehadiran mesyuarat kali ini sangat mengalakan, kesemuanya
muslimin dan muslimat berjumlah 94 orang.

Mesyuarat berakhir lebih kurang  pada jam 12.30 tengah hari, selepas mesyuarat
pihak surau menyediakan makan tengah hari.


Setiausaha Surau En Zulkarnain

 Ucapan Tuan Nazir Masjid













Cenderahati utk Perasmi Tn Hj Abd Karim










Dalam ucapan penanguhan Pengerusi Surau memaklumkan bahawa tempoh 
perkhidmatan AJK surau ini akan berakhir pada Mei 2013. 
Satu mesyurat agung khas pemilihan AJK baru akan dilaksanakan pada 
March 2013.

Sekian terima kasih.
Admin.... 



Sunday, July 29, 2012

PROGRAM RAMADHAN SURAU AL MUKHLISIN DESA BAIDURI
















 A. Pihak AJK Surau telah merancang pelbagai program atau aktiviti dalam
      bulan Ramadhan ini, diantaranya adalah :

1. Solat Tarawih dilakukan 8 rakaat, akan diimamkan olih 2 Imam Hafiz. 

2. Selepas Solat Isya' sebelum Solat Tarawih - akan dibuat Tahlil arwah,
    borang-borang tahlil arwah bolih didapati di surau.

3. Selepas 4 rakaat Solat Tarawih, Tazkirah Ramadhan akan dilakukan olih
    ustaz yang telah diundang. Selepas Tazkirah akan disambung semula 4 rakaat
    Solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Witir.

4. Tadarus Al Quran dijalankan selepas selesai Solat Tarawih.

5. Pihak surau akan menyediakan Majlis Berbuka Puasa setiap hari dan
    menjemput ahli kariah untuk berbuka puasa bersama-sama.

B. Program Ziarah - Anjuran Badan Khairat Kematian Taman Desa Baiduri.

    Program Ziarah ini telah dijalankan pada hari Ahad - 29. 7.2012 bersamaan
    9 Ramadhan 1433H, selepas solat zuhur. Seramai 21 jemaah surau
    bersama-sama Pengerusi, Tim. Pengerusi dan Setiausaha Badan Khairat
    Kematian mengikuti Program Ziarah ini. Dalam program ini juga sumbangan
    derma telah disampaikan kepada saudara kita yang sakit, hasil sumbangan
    dari jemaah surau.

    Rumah saudara kita yang sakit telah diziarahi ialah :

    1. Saudara Anuar Jalan 2B.
    2. Tuan Hj Aziz Jaafar - Blok Mutiara.
    3. Saudara Nazri - Blok Mutiara.

    Semuga saudara-saudara kita dan keluarga yang sakit ini tabah menghadapi
    ujian allah dan kita sama-sama berdoa agar disembuhkan penyakitnya..
    Insyaallah.

Tn Imam Aziz dan Tn Imam Azmi.



















Bacaan Doa - di rumah En Anuar 2B
  


















Jemaah dlm program ziarah tersebut.






















Tim. Pegerusi Tn Hj Yahaya menyampaikan sumbangan.






















Saturday, March 10, 2012

KARNIVAL SUKANEKA SURAU AL MUKHLISIN 2012

Anjuran : Surau Al Mukhlisin Taman Desa Baiduri.

Dengan Kerjasama :

1) Badan Khairat Kematian TDB.
2) MPP TDB
3) JMB TDB
4) JKP TDB

Tempat : Padang Bolasepak Taman Desa Baiduri dan Surau Al Mukhlisin.

Tarikh : 19 May 2012 - 20 May 2012 (2 Hari)
Hari : Sabtu dan Ahad.
Mula : 8-30 pagi.

Acara Sukaneka :-

1. Futsal. (Lelaki)
  a) Bawah 12 Tahun.
  b) Bawah 17 Tahun.

2. Putting Golf (Lelaki)

3. Currom (Lelaki).

4. Ping-Pong (Lelaki Berpasangan)

5. Dart. (Lelaki)

6. Gubahan - Towel (Muslimat).

7. Mengupas Epal (Muslimat).

8. Mengayam Ketupat (Muslimat).

9. Bola Jaring (Remaja Perempuan/Muslimat)

10. Peraduan Mewarna (Kanak2 Lelaki/Perempuan)
     a) 4 Tahun - 6 Tahun.
     b) 7 Tahun - 8 Tahun.

11. Jemputan antara Surau.
      a) Tarik Tali
      b) Bolasepak 9 Sebelah.

Semua warga Taman Desa Baiduri dijemput mengambil bahagian bagi
memeriahkan Karnival Sukaneka ini.

Terima Kasih...


Saturday, January 14, 2012

Cadangan Talaqi Bacaan Surah Yasin






Tempat : Surau Al Mukhlisin Desa Baiduri.

Hari : Khamis.

Masa : Sebulan sekali - Selepas Maghrib.

Bacaan secara bergilir-gilir (2 ayat atau 3 ayat) seorang. 
Bacaan Talaqi ini akan dipimpin dan akan disemak
oleh :

1. Tn Imam 1 - En Abd Aziz bin Zakaria.
2. Tn Imam 2 - En Azmi bin Mahmud.
3. Tn Hj Hakim bin Mohd Nor 

Tujuan : Semoga bacaan Surah Yasin kita menepati tajwid dan makhraj yang betul.

Talaqi Surah Yasin













Tempat tinggal Kekal abadi