Monday, November 7, 2011

Program Eiduladha - Tmn Desa Baiduri

1. Malam Hari Raya...

Takbir Rumah ke Rumah Malam Hari Raya Eiduladha telah dijalankan
selepas solat isyak, semua jemaah Surau Tmn Desa Baiduri telah menyertai
program ini.Rumah jemaah yang terlibat ialah : 

1. Rumah Tn Hj Dzuki - Jln 1B
2. Rumah Tn Hj Yahaya Husin - Jln 1B
3. Rumah En Mohd Nor Abd Hamid - Jln 1C
4. Rumah En Azmi Mahmud - Jalan Satu.

Tujuan program takbir rumah kerumah ini adalah untuk mengeratkan lagi
silaturahim antara jemaah, disamping itu kita dapat menghidupkan malam
raya tersebut dengan banyak mengingati ALLAH dengan bertakbir,
bertahmid dan berdoa.Program ini dipimpin olih Imam Surau Al Mukhlisin,
Tn Imam En Abd Aziz bin Zakaria dan Imam En Azmi bin Mahmud.
Semuga Program Takbir rumah kerumah ini akan mendapat keredaan Allah...
Insyaallah...
















2. Solat Sunat Eiduladha..

Solat Sunat Eiduladha telah dijalankan di Surau Tmn Desa Baiduri bermula 
jam : 8-30 pagi.Katib bertugas ialah Imam Ust  Hj Ahmad dari Masjid
Al Ehwaniah Tmn Cheras Utama,bilal bertugas ialah En Rosedin bin Habibun.
Pada hari itu juga pihak surau ada membuat kutipan derma dari para jemaah,
jumlah kutipan yang terkumpul ialah RM513.00...
Pihak AJK surau mengucapkan ribuan terima kasih pada penderma-penderma.

AJK surau dan AJK badan Khairat Kematian mengambil 
kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eiduladha,
maaf zahir & Bathin kepada warga Desa Baiduri...

1 comment:

  1. Bila menyebut berkenaan Takbir Hariraya, ramai dikalangan umat Islam hari ini begitu teruja untuk melafazkannya,berlumba-lumba mengadakan program takbir, dilorong-lorong, dijalanan dan tidak ketinggalan dari rumah ke rumah, namun tidak diketahui berapa keratkah di antara kita yang memahami serta mampu menghayati maksud serta falsafah disebalik kalimah-kalimah yang dilafazkan melalui takbir tersebut.

    Sebagai suatu perkongsian ilmu, berikut dicatatkan lebihkurang mafhum dari lafaz takbir tersebut:
    "Allah Maha Besar. Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan dia, penuh ikhlas. Bagi Allah sahaja agama miskipun diBENCI/DITENTANG/TIDAK DIPERSETUJUI OLEH ORANG KAFIR. Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dengan keesaanya. Benarlah janjiNya memberi pertolongan kepada hambaNya dan memberikan kemuliaan serta kemenangan kepada tenteraNya dan MEMBINASAKAN tentera Ahzab (BERSEKUTU) dengan keesaanNya".

    Disyariaatkan takbir ini dari sudut Sirah perjalanan hidup Baginda S.A.W adalah dengan berlatarbelakangkan sejarah Peperangan Ahzab atau Peperangan Khandak (Parit)di Kota Madinah pada tahun ke5 hijrah di antara tentera Islam seramai lebihkurang 3 ribu orang berhadapan tentera Kufar Qurish dalam BARISAN BERSEKUTU dengan dibantu oleh Kaum Yahudi Bani Nadir, Bani Quraizah dan Bani Wail(tentera Ahzab) dengan jumlah kekuatan 10 ribu orang tentera.

    Sesungguhnya sejarah itu sentiasa berulang-ulang.Penentangan kuffar dan sekutu-kutunya (AlAhzab) yang dipelopori Zionis Amerika di segenap pelusuk dunia terhadap Islam termasuk juga oleh kuncu-kuncu anak didikan mereka di tanahair kita tidak pernah kunjung padam. Oleh itu,Marilah saudara-saudaraku, pada hariraya yang mulia ini kita terus istiqamah dengan ISLAM, berada di atas Millahnya, yakni jalannya serta berjuang menentang musuh-musuh Allah ini miskipun mereka bergabung tenaga dan kekuatan dalam satu BARISAN seumpama tentera AL-AHZAB yang sering kita laung-laungkan di didalam takbir hariraya- Wollah hu A'lam. risalahislah@blogspot.com

    ReplyDelete