Saturday, November 26, 2011

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Awal Muharram.

Doa Akhir Tahun.



































Doa ini dibaca bila2 akhir waktu Asar pada akhir Bulan Zulhijjah.

Doa Awal Tahun.



































Doa ini  dibaca bila2 selepas Maghrib pada 1 Muharam.

Marilah kita sama-sama hadir ke surau dan berdoa bersama-sama,
bersempena  Akhir Tahun dan Awal Tahun - Awal Muharram 1433H.
pada 26.11.2011, jam : 6.30pm di Surau Al Mukhlisin Taman
Desa Baiduri....

7 comments:

  1. Berdoa adalah antara cabang ibadah yang sangat dituntut oleh syara'. Ia melambangkan sifat penghambaan, tawaddu'dan sentiasa merasa dekat pengamalnya dengan yang Maha Pencipta sebagaimana dirakam oleh Allah di dalam Surah AlBaqarah ayat 186:"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu darihalKu, maka katakan bahawasanya Aku adalah hampir, Aku (sedia)memperkenankan permohonan orang yang memohon apabila ia memohon".

    Persoalannya,apakah kita sedar, sejauh manakah doa yang kita amalkan itu tsabit daripada Rasullulah dari sudut Nas dan sandarannya bagi memastikan ia dihitung sebagai suatu ibadah.Begitu juga dengan pengetahuan kita tentang menetapkan doa-doa tertentu pada tempat dan masa-masa tertentu (dalam beberapa perkara), apakah dicatatkan didalam sunah Rasul atau para sahabat?.

    Begitulah halnya dengan doa diawal dan akhir tahun baru Hijrah yang diamalkan oleh sebahagian umat Islam hari ini, termasuk di surau kita. Difahamkan tidak ada nas samada sahih mahupun yang daif yang menyebut secara khusus bahawa doa ini menjadi amalan Rasullulah ataupun oleh para sahabat!.Kalau adapun ia dikatakan hanya menjadi amalan pengikut aliran Syiah Rofidhoh. Apakah pendirian para ulama Ahlu Sunnah terhadap pegangan Tauhid aliran Syiah ini, kerana kedapatan terlalu banyak aliran syiah?.

    Mengikut sejarah, penyusunan bulan-bulan dalam tahun Hijrah dilaksanakan oleh Saidina Omar AlKhatab RA semasa memegang tampuk khilafah Islam selepas Saidina Abu Bakar RA.Kalau sahabat besar Rasullulah yang sangat sinonim dengan tahun Hijrah inipun tidak dicatatkan sebagai pengamal doa ini, maka siapa, bila dan dimana ia mula dipraktikkan oleh umat Islam?.Apa yang dibimbangi kita berada dalam "Tasyabbuh" dengan amalan yang salah tanpa kita sedari. Wal' aya Zubillah!.Saranan saya; 'Bertanyalah kepada ahlinya, jika kamu tidak mengetahuinya di dalam satu-satu perkara'(Maksud AlQuran)-Wallah hu A'lam

    ReplyDelete
  2. As Salam, Sebelum bacaan doa tersebut,Tn Imam telah menerangkan dgn panjang lebar kepada jemaah tentang tiada hadith sahih, namun Tn Imam berkata bahawa amalan berdoa, mengadu pada ALLAH adalah amalan yang baik dan beliau berharap agar ALLAH mengmakbulkan doa yang dipohon bersama jemaah.

    Sebelum bacaan doa itu para jemaah membaca Al Mathurat yang dipimpin olih Tn Imam untuk memenuhi masa sebelum masuk waktu Solat Maghrib.

    Insyaallah dalam kuliah-kuliah yang akan datang, mohon jemaah bertanya pada ustaz tentang amalan berdoa ini....Wallah hu A'lam.

    ReplyDelete
  3. Anonymous Nov 27,2011, Tn pernah dtg kesurau ke? atau hanya mendengar dr jauh? Kalau tn betul2 ikhlas tn blh berjumpa pengerusi atau imam sebelum majlis itu bermula krn sebelum itu telah dinyatakan/ditulis dipapan kenyataan majlis itu akan diadakan dan disana tn dan mereka boleh berbincang. Sila rujuk pd Anonymous Nov 28, 12.29AM. Jika tn ada bersama pd ketika itu tn akan faham. Dicadangkan tn sila dtg berjumpa pengerusi atau imam bertugas pd hari berkaitan untuk keterangan lanjut. Jika nak tunjuk lagi HEBAT tn blh telefon mereka berdua untuk berjumpa TUAN.

    ReplyDelete
  4. http://abunuha.wordpress.com/2011/11/22/perbahasan-doa-akhir-dan-awal-tahun/

    Sila lawat laman diatas mengenai amalan doa akhir dan awal tahun. Semoga kita mendapat manafaat.

    ReplyDelete
  5. Syabas tn imam En Azmi kita adakan bacaan doa awal dan akhir tahun, teruskan amalan apa apa yang baik. Jangan tunduk pada sekelumit manusia, berwajah cerdik, berwajah ilmu, mara kedepan takut,berani berkokok diblog saja. Ayuh tampil kedepan slot slot ustaz d suran Al Mukhlisin banyak yang kosong, kami jemaah nak dengar hujah anda.Banyak surau masjid tn mengjar?.Kami,imam imam yang d lantik memang tak berilmu,tak mau jadi imam pun, nak suruh jadi juga. Suruh orang lain tak mahu, menolak saja. Ada ustaz mengajar kami tadah telinga, masuk sebiji dua pun jadilah, kata orang Kedah.
    Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan mati silih berganti, tak keluar fatwa kata bidaah pun.Hang sapa, quran 30 juzuk dah hafai ke?. Beribu hadis hang dah hafai dengan sanadnya sekali ke?.
    Kalau tn ikhlas mai perkenalkan diri, bantu kami perbetul yang salah, sama sama kita mencari kebenaran, memakmurkan rumah Allah.
    -Dari Imam Aziz-

    ReplyDelete
  6. FAHAMI HADIS DAIF
    (yang menjadi sebab beberapa perkara dibidaahkan orang)

    Riuhrendah orang memperkatakan tentang amalan bidaah yang kononnya disebabkan bersandar atau bernaskan Hadis Daif. Izinkan saya mencelah sekadar berkongsi pengetahuan dan mohon perbetulkan saya jika ada kesilapan. Sesungguhnya Ulama Hadis tidak cenderung menolak Hadis daif secara total. Maksudnya mereka berpendirian demikian kerana 'Husnul Zonn' dan mengambil sikap berhati-hati sekiranya hadis yang didarjatkan daif tersebut benar-benar keluar dari lisan mulia Baginda Rasullulah SAW, cuma ia diletakan bertaraf Daif kerana beberapa sebab, diantaranya:

    * dalam pertalian sanadnya terdapat individu yang tidak dikenali, kurang hafalan atau pelupa yang meriwayatkan hadis berkenaan yang menyebabkan kalimah-kalimah didalam hadis berkenaan mungkin tertinggal/tersilap, sedangkan maksud umum dari hadis tersebut mungkin benar-benar diucapkan oleh Rasullulah.

    Hadis yang ditarafkan daif disebabkan faktor diatas kadangkala dinaiktaraf menjadi hadis 'Hasan Lighairih' apabila ada hadis lain bertaraf Sahih yang membawa pengertian / maksud serupa dengan hadis daif ini.

    Kesimpulannya, adalah tidak wajar bagi kita yang punya secalit ilmu ini dengan mudah atau sewenang-wenangnya membidaahkan sesuatu amalan tanpa melihat latarbelakang, sebab dan nas yang dijadikan sandaran bagi 'mengharuskan' perkara tersebut diamalkan.Wollah Hu A'lam- risalahislah@blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Syabas JK Surau Al-Mukhlisin yang telah mengadakan acara doa berjamaah ini. Doa adalah satu tuntutan di dalam agama kita, maka hendaklah kita berdoa di mana sahaja kita berada, moga-moga Allah memperkenankan doa kita. Kita berdoa kepada Allah bukan kepada imam yang 12 seperti yang diamalkan oleh syiah....

    ReplyDelete