salah satu dari lima Program Karnival yang dirancang. Program ini dijangka
akan dilaksanakan pada bulan Mei dan June/2011. Program tersebut adalah :-
1. Program untuk Remaja :
a) Ujian Hafazan Surah-Surah lazim.
Untuk kategori : Bawah umur 12 tahun dan bawah umur 15 tahun.
AL QURAN (Surah-Surah Lazim) |
b) Ujian Azan dan Iqomat.
Untuk kategori : Bawah umur 12 tahun dan bawah umur 15 tahun.
(Ujian Azan dan Iqomat) |
(Seruan Azan) |
c) Pertandingan Mewarna - Lukisan 'MASJID'.
Untuk kategori : Kanak-kanak Tadika.
(Mewarna - Kanak-Kanak Tadika) |
Sebagai langkah penambahbaikan, memperkemaskan serta memertabatkan semula program kuliyah/pengajian ilmu yang dilihat lesu dan hilang dayatarikannya kebelakangan ini, adalah disarankan agar diundang semula sekali-sekala para ustaz/ilmuan 'arus perdana' bagi menghidupkan semula roh ilmu-jihad sebelum ianya koma, sebelum ianya ditalkinkan di Surau AlMukhlisin TDB yang kita cintai ini.Wal'ayazubillah!
ReplyDeleteMungkin sukar untuk memperolehi curahan ilmu mereka,tetapi itulah hakikat nilai ilmu,suatu yang berharga sudah pasti tiada jalan pintas memilikinya.Bagi mencapai maksud ini disarankan agar undangan yang bakal dibuat seharusnya tertakluk kepada tarikh/masa serta kelapangan ustaz/ilmuan berkenaan dan BUKAN nya berdasarkan kekosongan dalam jadual program kuliyah sediada. Sekiranya berlaku pertindihan tarikh dengan kuliyah tetap bulan, Jawatankuasa (biro berkenaan)boleh mencadangkan kepada penceramah tetap memberikan laluan kepada penceramah undangan berkenaan.Seperti kita sedia maklum, penceramah dari kalangan'arus perdana' ini mempunyai jadual undangan yang padat. Kita amat bernasib baik jika mampu meraih sehari-dua masa lapang mereka.Sekadar pandangan- risalahislah.blogsport.com
Sekalidua kita ada terdengar suara-suara sumbang yang menjaja isu kononnya ada di kalangan imam-imam tertentu yang mengimamkan solat waktu berjemaah di Surau AlMukhlisin tidak memiliki kelayakan yang sewajarnya sebagai imam, bacaan tidak betul, tidak bertepatan dengan kaedah Ilmu Tajwid dan sebagainya.
ReplyDeleteSuka saya mencadangkan, menasihatkan para imam yang telah,sedang dan akan meneruskan tugasan sebagai imam di surau yang kita cintai ini, teruskan tugas anda, pedulikan kata-kata sinis yang tidak bermoral, tidak berakhlak dan jauh sekali dari sikap tanggungjawab itu. Teguran, atau lebih tepat diistilahkan sebagai celaan itu dikenalpasti datangnya dari lidah mereka yang tidak sehebat manapun ilmunya termasuk soal tajwid yang digembargemburkan. Jadi, pedulikan suara-suara sumbang individu yang jahil, menegur tanpa hikmah,buta dengan uslub dalam berdakwah dan seklaigus mencerminkan diri miskin dengan sahsiah.
Walau bagaimanapun mengambil respon positif dari isu ini, saya juga suka dan amat mengharapkan imam-imam, terutama individu-individu dari kalangan jemaah yang berpeluang ke depan jangan berhenti dari terus belajar dan belajar. Sesungguh usaha menuntut ilmu, menyantuni dunia pembelajaran tidak pernah ada batas sempadan waktu,masa dan tempat. Meminjam sabdaan Junjungan Rasul SAW : Tuntutlah Ilmu dari buaian hingga ke liang lahad, sabdanya lagi, " Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China". Walaupun hadis di atas mungkin daif dari sudut mantannya (sanadnya) namun kita mengambil menafaat dari kebaikan dan keelokan mafhumnya. Jadi sentiasalah berusaha mendalami ilmu tajwid anda, bertalaqilah, murajaahlah atau membuat tasmi' dengan ahli-ahli quro' agar anda lebih berkeyakinan dan meyakinkan orang lain.InsyaAllah.Jangan cenderung untuk berada pada 'comfort zone',berpuashati dengan apa yang ada dan mara (kedepan)pantang disua!.Elakkan diri dari melakukan kesalahan-kesalahan yang bersifat 'basic' yang mampu dikesan oleh mereka yang bukan qori secara berterusan. Terimalah teguran rakan-rakan atau ahli quran seadanya dengan hati terbuka.Tahniah, kerana anda dibekalkan oleh Allah sifat berani dan memiliki perasaan bertanggungjawab dalam keadaan ramai yang mengenepi atau melarikan diri,tetapi imbangkan diri dengan sifat bersedia dengan bekalan ilmu yang sewajarnya di dalam dada. Semoga Allah mengampuni dan merahmati kita semua, amiiin!.Wallah hu'a'lam.
Sebagai kesinambungan catatan saya berhubung isu iman dalam komen yang lalu, izinkan saya menambah sedikit catatan saya. Suka saya menyarankan kepada individu di kalangan jemaah yang diketahui berkebolehan, mempunyai bekalan ilmu qiraat serta faqih dalam usul ibadah, tampil-tampillah ke depan. Tampung-tampunglah di mana yang kekurangan.Anda ibarat pepohon yang rendang,sudi apalah kiranya, di bawah rimbunan ilmu yang anda miliki, kami menumpang teduhan sambil menikmati santapan rohani. Semoga Allah mengurniakan anda rahmat yang melimpah ruah atau anda lebih cnderung memilih menjadi pepohon yang tidak berbuah!.Sekian.risalahislah.blogsport.com
ReplyDelete