Thursday, April 14, 2011

Majlis Tahlil Perdana

Anjuran : Badan Khairat Kematian Taman Desa Baiduri
(Kerjasama : Surau Al Mukhlisin Taman Desa Baiduri)

Tarikh : 17 April 2011 (Ahad)
Masa : 11.00am (Pendaftaran : 10:00am)
Tempat : Surau Al Mukhlisin Taman Desa Baiduri

* Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah
* Sesi Penerangan Badan Khairat 
* Sesi Dialog 
* Jamuan Makan Tengah hari

Semua Ahli Badan Khairat Kematian Taman Desa Baiduri
dan penduduk Taman Desa Baiduri dijemput hadir pada
majlis ini.


Kilang Al Quran Madinah


7 comments:

  1. alhamdulillah..bagus untuk bacaan penduduk

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah semoga allah memberi barakah kepada tetamu2 Allah

    ReplyDelete
  3. Tahniah di atas kemunculan laman web Surau AlMukhlisin TDBA. Semoga ia menjadi platfom terbaik anak-anak qariah bagi menyatakan pandangan, cadangan dan teguran serta berkongsi idea ke arah kesejahteraan hidup kita bersama di dunia & akhirat, insyaaAllah.

    ReplyDelete
  4. BKKTDB telah memPERDANAkan majlis tahlilnya, bagaimana dengan Surau AlMukhlisin sendiri? Tidakkah berhajat memperdanakan program kuliyahnya atau di'super'kan siri ceramahnya! Kalau suatu masa dahulu, STDBA antara yang disebut-sebut oleh warga omuniti setempat dan luar sebagai amat aktif mengimarahkan surau dengan pelbagai program terutama ceramah/kuliah pengajian. kalaupun tidak dilabel sebagai program super atau perdana namun cukup untuk menyatakan bahawa segala ruang yang ada diguna dan dimenfaatkan sepenuhnya.

    Di mana salah dan tidak kenanya dengan kita hari ini? Dalam suasana lanskap politik yang cukup kondusif, tanpa sebarang kekangan dana,masa dan upaya, segala-galanya kelihatan lesu tidak bermaya. Ia diburukan lagi dengan kegagalan kita untuk memahami serta meletakkan elemen 'aulawiyah' (keutamaan)ditempat yang sepatutnya dalam mengatur program, maka jadilah 'program yang tidak perlu 'perdana' diperdanakan dan pada masa yang sama membelakangkan suatu yang lebih wajar dikedepankan. Sama-sama kita renungkan, Wol'loh Hu a'lam

    ReplyDelete
  5. Sekalung tahniah kepada Surau Al Mukhlisin TDBD kerana muncul juga satu Blog untuk tatapan bersama anak khariah, walaupun pada mulanya ada keraguan untuk merealisasikan kewujudannya.Dengan adanya Blog ini, dapat kiranya aktiviti Kuliah Maghrib & Kuliah Suboh dihebahkan. Setidaknya, mereka (anak kariah) yang suka layar Internet mengetahui aktiviti & jadual kuliah. Mana tahu tergerak hati ingin ke Surau. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.
    Tahniah diatas ujudnya laman web Surau Al-Mukhlisin. Semoga ianya dimanafaatkan oleh semua jemaah dan penduduk Taman Desa Baiduri.
    SU.

    ReplyDelete
  7. Assalaa Mualaikum!
    Sudah agak lama ceramah haraki / perjuangan tidak menerjah gegendang telinga kita. Alhamdulillah, sat tadi(lepas maghrib 24/6/2011) kita berrpeluang mengikutinya. Dan sudah barang pasti ada kalangan kita tidak begitu menyenangi. Namun aku tabik pada ustaz tu,dalam dok hentam rapat tu masih bersedia menerima pertanyaan, kemusyikan para jemaah. Dari sudut tertib dan disiplin ilmunya, inilah peluang yang harus diambil oleh kalangan pendengar yang merasakan ada apa-apa yang tidak kena dengan ceramah ustaz, terutama dari sudut fakta ilmiahnya.Berhujah dan bermuzakarahlah dengan ustaz tu.

    Kalau kita rajin belek-kelebek ruang blog ni,bagi yang tidak berpuashati dengan ceramah ustaz sebentar tadi, pi tengok sat kat ruang catatan penduduk Baiduri kat sebelah ni.dok ada satu artikal berkenaan bab-bab politik dalam surau masjid ni.Bawak bersabaq, jangan dok hangat tak tentu pasai no!

    ReplyDelete