Monday, December 5, 2011

Sekitar Mesyuarat Agong Surau
















Mesyuarat Agong Surau dan Badan Khairat  Kematian Taman Desa Baiduri telah
dijalankan dengan jayanya pada hari ini, 4 Dec 2011.
Pendaftaran kedatangan anak kariah bermula jam 8.20 pagi, Mesyuarat bermula
lebih kurang pukul 9.05 pagi.Kehadiran anak kariah pada mesyuarat hari ini
dianggarkan seramai 63 orang. Pengerusi Majlis pada hari ini ialah SU Surau
sendiri En Zulkarnain bin Mohammed Zin.















Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn Hj Zakaria Mat Junoh.




Sebelum ucapan perasmian Mesyuarat Agong, Tn Pengerusi Majlis menjemput
Tim.Pengerusi Badan Khairat Kematian, Tn Hj Yahaya bin Hj Husin
menyampaikan ucapan aluan bagi pihak Badan Khairat Kematian.















diikuti olih ucapan kata aluan dari Pengerusi Surau Al Mukhlisin
Taman Desa Baiduri, Tn Hj Nik Saberi bin Mohd Zin.















Mesyuarat  Agong Surau Kali ke 5 ini dirasmikan oleh Tuan Nazir
Masjid Al Ikhwaniah, Tn Hj Majer (B) Abd Karim bin Md Nor.













Dalam ucapan tersebut Tuan Nazir menasihatkan anak kariah agar sama-sama 
mengimarakan surau dan masjid dengan sembahyang berjemaah dan mengikuti 
kuliah yang diadakan. Disamping itu juga beliau menasihatkan ibu-bapa agar 
memantau kegiatan anak-anak agar tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak 
diingini.

Pendaftaran Muslimat

Pendaftaran Muslimin




SU- Badan Khairat En Abidin Othman.

Tn Imam En Azmi Mahmud.

Tok Siak En Mat Wazir Hussin



Pengerusi Surau menyampaikan cenderahati.

Majlis Penyampaian Cenderahati kepada Tn Nazir.

Barisan AJK Surau dan Badan Khairat.



Bendahari Badan Khairat Tn Hj Ghazali Sulaiman.
En Roslan Ghani mengemukakan pertanyaan..





















Jamuan Makan untuk makan tengahari telah siap dimasak...















Mesyuarat Agong tersebut telah berakhir lebih kurang pukul 12.10
tengahari...semua hadirin dijemput untuk menikmati hidangan makan
tengah hari.

Wassalam..

4 comments:

  1. Alhamdulillah, rasa syukur terhadap Allah,kerana dipanjangkan usia, sihat,lebih gembira lagi pabila aktiviti surau dimuatkan dengan pantas dalam blog Surau Al Mukhlisin.Syabas kepada empunya yang diamanahkan mengendalikanya.Tak tidur malam ke?.Peduli apa orang nak kata,cakap senang, banyak perut perut busuk, munafik, menunggu masa nak hentam. Syabas AJK Surau Al Mukhlisin, bersatu menegakan hukum Allah.Takbirrrrrrr
    -

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah kepada ajk surau kerana telah berjaya melaksanakan mesyuarat agung dengan jayanya. Malangnya kehadiran jemaah amatlah mendukacitakan. kenapa jadi macam itu sama-sama cari jawapannya. kalau diamati setiap program surau anjurkan hanya jemaah yang sama sahaja yang ambil bahagian. kadang-kadang hal sebegini terjadi pun disebabkan .................. sama-sama fikirkan????

    ReplyDelete
  3. Disebabkan apa?.Cuba tuan luahkan apa yang terbuku di hati tuan, jangan biarkan jemaah membuat pelbagai andaian dan persepsi negatif terhadap perngurusan surau. Saya tidak bermaksud berbela surau tanpa sebab,tetapi kalau tuan tadabbur ayat-ayat suci AlQuran, tuan akan dapati terlalu banyak kalimah "Waqalilun lil i'badi"(terlalu sedikit hamba-hambaKu)Antara contohnya; Waqalilun Lil i'badi Liyassya'kur (terlalu sedikit hambaKu yang bersyukur),sehinggakan Saidina Omar AlKhatab RA pernah berdoa "Ya Allah jadikan aku dikalangan orang yang sedikit".Tuan tidak perlu terlalu gundah dengan senario ini, tetapi dalam masa yang sama tuan perlulah bersama-sama membantu surau dalam mengimarahkan surau dan sentiasa bermunajat kepada Allah agar kita yang sudah melazimkan diri ke surau ini sentiasa diberikan Istiqamah oleh Allah SWT.Mohon maaf andai catatan saya menyentuh perasaan tuan dan itu bukan niat saya.

    ReplyDelete
  4. Biasalah....Tapi Majlis Korban baru nie ramailah pulak...pelik????...mungkin dapat baju pree kot...Jangan mare..gurau jah..heh heh..

    ReplyDelete