Friday, December 16, 2011

Mencari bacaan Fatihah paling ‘sempurna’ tajwidnya?

Saya menganggap bacaan Fatihah di atas paling sempurna dari sudut tajwid, fasohah dan makhrajnya. Ia dibaca oleh Syeikh Mahmud Khalil Al Husari. Beliau adalah pakar Al-Quran Mesir, qari yang diiktiraf dan menjadi pakar rujuk Al-Quran pada usianya. (kenali beliau di : http://www.assajda.com/en/coran/mahmoud-khalil-al-hussary-27.html).

Sila ikuti BACAAN AL FATIHAH yang berkualiti tinggi dari Syeikh Mahmud Khalil Al-Husari :

1. di sini ....<BACAAN AL FATIHAH>
 


 Memang kalau nak diukur dari sudut ‘sedap’ suara, rasanya bacaan Syeikh Ghamidi atau Syeikh Muayqili lebih sedap dan mendayu-dayu. Kita mudah sahaja tertidur mendengar bacaan mereka. Tetapi kali ini, bukan ‘sedap’ yang ingin dicari. Yang sedang diteliti ialah ‘perfect’ tajwid atau tidak.

Mengapa saya berpendapat bacaan Fatihah di atas perfect? Sebabnya ialah, ia menepati ciri2 berikut :

1. Tiada kesalahan ‘lahnun jaliy’ berlaku. Dalam konteks ilmu tajwid, lahnun Jaliy adalah jenis kesalahan besar seperti menukar baris, menukar huruf dan sebagainya. Jika kesalahan ini dilakukan dalam solat, peluang untuk ia terbatal amat besar.
Untuk makluman, bahasa arab adalah bahasa yang agak kompleks dan sangat sensitif. Sedikit pertukaran sebutan boleh membawa kepada pertukaran huruf. Apabila huruf bertukar, berkemungkinan besar makna akan berubah kepada makna lain ataupun maksud asal perkataan tersebut tidak sampai.

2. Tiada kesalahan ‘lahnun khofiy’ – kesalahan kecil seperti kurang panjang harakat, bunyi tambahan yang tidak diperlukan serta lain-lain.
Jika ada pun, barangkali haya satu tempat iaitu pada perkataan ‘anamta’ (ayat 7) yang dibunyikan dengan ‘ana-amta’. Tetapi saya rasa puncanya kerana, bacaan ini telah ditambah effect ‘echo’nya, bukan dari bacaan asal beliau.

3. Sebutan huruf sangat-sangat perfect : inilah kelebihan utama Syeikh Husari yang jarang dimiliki Qari lain. Sebutan huruf dan fasohahnya amat jelas dan mantap.
Dari bacaannya, kita akan mudah dapat membezakan bunyi huruf ‘Ha gulung’ dan ‘Ha pedas’, huruf ‘zal’ dan ‘zai’, ‘sin’ dengan ‘sod’ serta beberapa huruf lain.

BANDINGKAN DENGAN BACAAN KITA….

Mendengar bacaan beliau, terasa jaraknya ‘antara langit dengan bumi’ bila dibandingkan dengan bacaan kita. Ini kerana, bacaan kita amat terdedah dengan ‘Lahnun Jaliy’ dan mungkin, berpuluh ‘Lahnun Khofiy’ dikesan sana-sini.
Disebabkan itulah, saya terpanggil untuk berkongsi, bagaimana cara untuk kita ‘upgrade’ bacaan Fatihah ke tahap bacaan Syeikh Mahmud Khalil Al-Husary.
Saya berpendapat, ia akan dapat dicapai jika kita benar-benar mengenalpasti, mengelakkan dan memperbetulkan semua kesalahan ‘besar-kecil’ yang kita lakukan.
InsyaAllah, semua kesalahan paling lazim dan paling kerap dilakukan oleh ‘lidah melayu kita’ dalam bacaan Fatihah akan saya kongsikan dalam projek DVD terbaru – Fatihah terunggul. Ia adalah 1 pakej 3 DVD yang bertujuan khusus untuk ini : bagaimana mencapai bacaan Fatihah yang paling sempurna, paling terunggul.
3 dvdnya akan menerangkan secara praktikal :
DVD 1 : saya akan membongkar 15 jenis kesalahan ‘Lahnun Jaliy’ yang paling kerap kita lakukan dan cara untuk mengelakkannya berlaku lagi dalam bacaan Fatihah kita.
DVD 2 : 14 jenis kesalahan ‘Lahnun Khofiy’ dalam ayat 1-4 Surah Fatihah.
DVD 3 : 16 jenis kesalahan ‘Lahnun Khofiy’ dalam ayat 5-7 Surah Fatihah.

MENGAPA DVD?

Sebelum ini, saya telah berkongsi penerangan semua kesalahan di atas dalam bentuk ebook. Tetapi ternyata, ia tidak mencapai objektif kerana saya banyak menerima emel pertanyaan ‘ustaz, bagaimana cara nak bunyikan sebutan ni?’
Baru saya perasan, ilmu ini berbentuk praktikal. Beza bunyi huruf ‘Ha gulung’ dengan ‘Ha pedas’ tidak dapat difahami hanya berdasarkan penerangan bertulis, biarpun panjang-lebar huraiannya. Ia perlu diterangkan secara praktikal, dapat didengar serta dapat dikesan betul-betul dari mana makhrajnya keluar.
Semua ini hanya dapat dicapai melalui 1 cara sahaja : saya sendiri yang menerangkannya. Saya sendiri menyebut kesalahannya dan saya sendiri yang mendatangkan cara sebutan betulnya. Inilah point besar yang saya tekankan dlm DVD FATIHAH TERUNGGUL.

Sila layari website : http://www.asraffayob.com - untuk maklumat lebih lanjut..

Wullahualam...

Wednesday, December 14, 2011

Sempurnakah Solatku? - Ust Dr Hj Zaharuddin Abd Rahman

Atas permintaan agak ramai, Alhamdulillah ada sahabat yang sudi merakam dan mengupload video ini ke youtube. Disertakan untuk manfaat semua, tumpukanlah sedikit masa untuk mengukuhkan solat kita...Tanyalah Ustaz - TV9.
Mari kita tonton video ini untuk menambahkan ilmu kita tentang 'SOLAT' :
< Sempurnakah Solatku > 
'Ya Allah Ya Tuhanku ampunkan segala kesalahan dalam solatku dan terimalah solatku'.
Pencucian Kaabah selepas Musim Haji.
 
 
 
 
 
 
 
 
Gerhana Bulan pada 10 dec 2011.
 
 
 
 
 
 

Wednesday, December 7, 2011

Adakah sama Saka dengan Qareen?

Soalan:

Saya banyak mendengar perkataan saka yang dirujuk kepada gangguan makhluk harus atas seseorang yang berpunca daripada keturunan seseorang yang mendampinginya sentiasa meminta berbagai permintaan atau mengenakan berbagai keburukan. Adakah ini sama dengan istilah qareen yang pernah Dato’ sentuh dalam jawapan terdahulu. Samakah antara saka dengan qareen? Bagaimana hendak mengatasi hal ini apabila ianya berlaku?
Samihah Mansor - Batu Gajah


Saka adalah suatu istilah yang biasanya digunakan oleh tukang ubat atau bomoh tradisional yang merujuk kepada suatu fenomena gangguan spiritual yang berlaku ke atas manusia kebanyakannya kaum wanita dan ada juga lelaki, yang mengaitkannnya dengan makhluk yang kononnya diamanahkan menjaga seseorang. Bagi tujuan menjaga tersebut maka berbagai-bagai gangguan spiritual berlaku. Gangguan seperti ini dikenali sebagai gangguan makhluk halus.
Saka dikaitkan dengan kononnya ada makhluk yang berdampingan dengan keturunan bapa, ibu, datuk atau nenek seseorang yang menjaga atau bersahabat dengan makhluk ini dan dipesan kepada makhluk tersebut selepas kematiannya untuk menjaga dan mengawal anak cucu mereka.
Hasil daripada itu maka berlaku kawalan, sebenarnya gangguan ke atas orang berkenaan sehingga menimbulkan masalah yang diistilahkan sebagai saka.
Saya tidak dapat menentukan apa sebenarnya saka. Betul atau tidak ia makhluk yang mendampingi manusia dan keturunan mereka diganggu sehingga mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Jika benar ianya (makhluk halus) sebagai sahabat, kawan atau dampingan orang-orang terdahulu, maka sepatutnya ia tidak berubah sekadar hanya menjaga dan melindungi anak cucu seseorang, tiba-tiba berlaku sebaliknya sehingga menyakiti dan menganggu sampai menjadi separuh gila atau separuh sedar.
Saya tidak nampak hal ini sebagai saka yang digunakan untuk menjaga dan mengawal seseorang untuk kebaikan. Jika berlaku begini, maka tidaklah menimbulkan masalah walaupun hukum asalnya bersahabat, berbuat baik, berdampingan dengan makhluk halus dilarang oleh syariat Islam.
Banyak ayat-ayat al-Quran yang menggesa manusia menjauhi dan berlindung diri daripada syaitan. Malah manusia wajib menjadikan syaitan sebagai musuh dan sebagainya.
Berbalik kepada seseorang yang diganggu oleh makhluk halus, maka jelas ia adalah musuh kerana ia menyakiti manusia, menganggu manusia dan melakukan perkara yang tidak dingini oleh manusia, ianya memberikan kesan negatif.
Kita mesti menjauhi mereka, benda yang dinamakan saka ini tidak menjadi sesuatu yang baik kepada manusia. Dirawatlah dengan cara-cara yang diharuskan oleh syarak bagi mengelakkan saka ini terus menerus menganggu manusia.
Adapun Qareen adalah istilah al-Quranul karim yang jelas Allah S.W.T menyebut dalam beberapa ayat seperti dalam Surah Qaf (ayat 23), Surah al-Fussilat (ayat 25) dan lain-lain.
Di antara makna-maknanya, Allah menyebut (mafhumnya), “Dan kami tetapkan bagi mereka, teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat yang terdahulu dari jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang meragui.”
Istilah teman-teman dalam al-Quran adalah pada asal perkataan Qurana atau kawan-kawan setia. Maksudnya adalah dari suku sakat syaitan atau iblis ini menjadikan manusia sebagai teman mereka.
Firman Allah (mafhumnya), “Dan berkatalah Qareennya, inilah catatan amalan yang tersedia pada sisiku.” (Surah Qaf, ayat 23).
Dan Surah Qaf, ayat 27 bermaksud, “Yang menyertai dia, Qarennya berkata pula,”Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.”
Ini merujuk kepada perkataan Qareen. Allah S.W.T menyifatkannya sebagai kawan rapat bukan kerana manusia hendak sangat berkawan dengan mereka, tetapi pada pandangan sesetengah ulama, sejak manusia dilahirkan ada makhluk halus yang mendampinginya, mengajak, memandu serta mempengaruhinya melakukan kejahatan. Itulah yang dimaksudkan sebagai Qareen.
Dalam hadis daripada Ibnu Mas’ud r.a, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda (maksudnya), “Setiap orang daripada kamu, ada bersama dengannya qareen (syaitan) daripada jin. Sahabat bertanya, apakah Rasulullah juga mempunyai qareen, baginda menjawab, ya, saya pun ada qareen itu, cuma Allah S.W.T membantu saya, dapat mempengaruhi qareen itu sehingga dia telahpun Islam dan dia berdamping dengan saya, dia tidak mendorong saya membuat sesuatu melainkan semuanya untuk kebaikan.” (Riwayat Muslim).
Hadis daripada Ai’shah r.ha berkata,”Suatu ketika Rasulullah s.a.w berada bersama dengan saya, lalu keluar meninggalkan saya kerana ada suatu urusan pada malam hari, tiba-tiba timbul cemburu dalam diri saya, apabila Rasulullah s.a.w kembali menemui saya, baginda mengetahui perasaan saya itu, maka baginda bertanya, apakah gerangan mu wahai Ai’shah? apakah kamu cemburu? Maka saya menjawab, manalah orang seperti saya ini tidak cemburu ke atas mu wahai Rasulullah s.a.w. Maka Nabi menyebut kepada saya, apakah kamu telah dikuasai oleh syaitanmu wahai Ai’shah. Maka saya menjawab, ya Rasulullah, apakah bersama saya ada syaitan? Rasulullah menjawab, ya, malah pada tiap-tiap insan ada syaitannya. Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah kamu juga ada syaitan? Jawab baginda, ya, tetapi Allah S.W.T telah membantuku, aku Islamkan dia dan tidak menyuruhku melainkan untuk kebaikan.”
Hadis-hadis sebegini adalah hadis sahih, ia menunjukkan memang berlaku bahawa qareen, ia adalah syaitan, mendampingi semua manusia. Kalau Rasulullah s.a.w pun didampingi oleh qareen ini, inikan pula insan biasa.
Oleh yang demikian, jelas bahawa qareen ini ada pada setiap orang dan bergantung kepada seseorang insan itu, jika ia belum boleh menguasai dirinya dengan kerja-kerja ketaatan sehingga tidak ada ruang untuk melakukan kemaksiatan maka qareen ini seolah-olahnya putus asa untuk mengajaknya melakukan kejahatan, melainkan sekali sekala sahaja.
Adapun orang-orang yang mudah mendedahkan dirinya kepada melakukan perkara yang tidak baik, khasnya melakukan kemaksiatan, maka qareen inilah yang menjadi pendorong utama. Pada pandangan saya qareen adalah makhluk halus yang jahat.
Jika hendak dikatakan saka, hanya sekadar mengatakan ianya wujud ada, maka tidak salah mengatakan kita semuanya ada saka, tetapi saka yang saya maksudkan adalah saya yang sedia ada, bukan kerana dipelihara oleh keturunan, bukan disuruh oleh seseorang melakukannya tetapi kerana tabiat makhluk ini memang sentiasa berusaha menjerumuskan manusia kepada kejahatan.

Wallahua’lam.

Monday, December 5, 2011

Sekitar Mesyuarat Agong Surau
















Mesyuarat Agong Surau dan Badan Khairat  Kematian Taman Desa Baiduri telah
dijalankan dengan jayanya pada hari ini, 4 Dec 2011.
Pendaftaran kedatangan anak kariah bermula jam 8.20 pagi, Mesyuarat bermula
lebih kurang pukul 9.05 pagi.Kehadiran anak kariah pada mesyuarat hari ini
dianggarkan seramai 63 orang. Pengerusi Majlis pada hari ini ialah SU Surau
sendiri En Zulkarnain bin Mohammed Zin.















Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn Hj Zakaria Mat Junoh.




Sebelum ucapan perasmian Mesyuarat Agong, Tn Pengerusi Majlis menjemput
Tim.Pengerusi Badan Khairat Kematian, Tn Hj Yahaya bin Hj Husin
menyampaikan ucapan aluan bagi pihak Badan Khairat Kematian.















diikuti olih ucapan kata aluan dari Pengerusi Surau Al Mukhlisin
Taman Desa Baiduri, Tn Hj Nik Saberi bin Mohd Zin.















Mesyuarat  Agong Surau Kali ke 5 ini dirasmikan oleh Tuan Nazir
Masjid Al Ikhwaniah, Tn Hj Majer (B) Abd Karim bin Md Nor.













Dalam ucapan tersebut Tuan Nazir menasihatkan anak kariah agar sama-sama 
mengimarakan surau dan masjid dengan sembahyang berjemaah dan mengikuti 
kuliah yang diadakan. Disamping itu juga beliau menasihatkan ibu-bapa agar 
memantau kegiatan anak-anak agar tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak 
diingini.

Pendaftaran Muslimat

Pendaftaran Muslimin




SU- Badan Khairat En Abidin Othman.

Tn Imam En Azmi Mahmud.

Tok Siak En Mat Wazir Hussin



Pengerusi Surau menyampaikan cenderahati.

Majlis Penyampaian Cenderahati kepada Tn Nazir.

Barisan AJK Surau dan Badan Khairat.



Bendahari Badan Khairat Tn Hj Ghazali Sulaiman.
En Roslan Ghani mengemukakan pertanyaan..





















Jamuan Makan untuk makan tengahari telah siap dimasak...















Mesyuarat Agong tersebut telah berakhir lebih kurang pukul 12.10
tengahari...semua hadirin dijemput untuk menikmati hidangan makan
tengah hari.

Wassalam..