Majlis Tahlil Perdana 2013
Anjuran : Badan Khairat Kematian Taman Desa Baiduri (Awam)
Pada : 30 June 2013 (Ahad)
Masa : 9-30 pagi
Tempat : Surau Al Mukhlisin Taman Desa Baiduri
Dijemput muslimin dan muslimat hadir pada Majlis Tahlil Perdana ini.
Admin...
Kelebihan mengamalkan Surah Al Kahfi :
Selain dari rutin
masyarakat Melayu mengamalkan surah Yassin pada malam Jumaat, biasakan
juga membaca surah Al-Kahfi yang mempunyai banyak fadhilat dan sangat
baik dikhususkan utk bacaan pada Hari Jumaat (bermula lepas Maghrib hari
Khamis sehingga ke Solat Jumaat). Memang panjang (110 ayat) tetapi jika
dibiasakan amalan membacanya akan terasa mudah seperti mudahnya kita
membaca surah Yassin, InsyaAllah.
Hidup kita di akhir
zaman penuh dengan fitnah sehingga sukar membezakan antara yang benar
dan yang salah. Kepada siapa lagi untuk memohon perlindungan kecuali
Allah swt. Semuga kita semua terpelihara dari fitnah Dajjal.
(HR Hakim 3349) :
“Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,
nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”
(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari
Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga
kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya
cahaya antara langit dan bumi.”
(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah
Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah
kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya
antara dua Jumaat.”
(Tafsir Nur
Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang
menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada
hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.
Kuliah Maghrib bulan June 2013H/1434M - Surau Al Mukhlisin Taman Desa Baiduri.
Kitab Syariat & Hakikat - Pengajian olih Ust.Fakhurazi.
Dijemput muslimin dan muslimat untuk hadir Pengajian kuliah Maghrib ini.
SUNNAH-SUNNAH HARI JUMAAT...
Admin...