Wednesday, March 12, 2014

PROGRAM MUNAJAT


Sekitar Program Munajat :



























 
Anjuran : Surau Al Mukhlisin Tama Desa Baiduri

Tarikh : 15.3.2014 (SABTU) - 16.3.2014 (AHAD)

Bersama : YBhg Ust Mohd Hasnil bin Abu Bakar

Aktiviti seperti dilampiran (dibawah) :






































Wednesday, February 5, 2014

Zikrullah - Ingat ALLAH...


Hai manusia! Ketika dikatakan kepadamu untuk berzikir "INGAT" kepada Allah, 
maka bersegeralah engkau untuk berzikir kepada Nya. Kerana Zikirmu
kepada Nya akan membawamu lebih dekat lagi kepada Nya, dan zikirmu 
itu akan menggetarkan Arsy Tuhan mu sehingga para Malaikat
Arsy bertanya-tanya ; ada apa ini ? begitu diketahui bahwa ada seseorang 
yang berzikir kepada Allah maka bersegeralah para Malaikat Bertasbih,
bertahmid, bertahlil dan bertakbir seraya memohonkan Do’a ke Hadirat Allah
untuk kebaikan dan ke’afiatan orang yang tenggelam di lautan zikir.
Hai Manusia! Ketahuilah olehmu bahwa tidak ada amalan yang paling 
disukai Allah dan yang lebih utama selain Zikrullah..."INGAT ALLAH"

Sebagaimana yang di Firmankan Allah :
“Dan sesungguhnya mengingat Allah adalah lebih besar (keutamaannya dari 
ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”. 
(QS, Al ‘Ankabuut : 45)

Hai manusia! Kesucian jiwa itu tidak akan engkau dapatkan sebelum engkau 
mengenal kepada Allah. Jika engkau kenal kepada Allah maka Allahlah yang 
akan mensucikan jiwamu. Kenalilah Allah hai manusia sebelum engkau menemui
kematian, sebelum Sakaratul Maut menjemputmu. Jika engkau belum mengenal 
akan Allah sedangkan kematian itu telah datang kepadamu maka kerugianlah yang
akan engkau dapatkan.

Firman Allah : Katakanlah: sesungguhnya sholatku, ibadatku, hidupku dan
matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam”. (QS, Al An’aam : 162)


"INGAT ALLAH"














Thursday, January 2, 2014

Majlis Penyampaian Zakat - Syarikat Felcra Bina Sdn Bhd.


Majlis Penyampaian Zakat kepada fakir & miskin anak kariah Surau Al Mukhlisin
telah diadakan  pada 29 December 2013.Majlis bermula dengan Solat Maghrib.
Selepas Solat Maghrib, tazkirah 'ZAKAT' telah disampaikan olih
Yang Berbahagia Ust Baharudin (PAID).

Selepas Solat Isyak, majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Surau,
Tn Hj Nik Saberi bin Mohamad Zin.Pengerusi Surau mengucapkan syabas
dan terima kasih kepada Badan Khairat Kematian Tmn Desa Baiduri kerana 
menjayakan program ini, khasnya kepada En Samsudin bin Jumian dan
Tn Hj Abidin bin Othman.

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat FELCRA BINA
Sdn Bhd penyumbang zakat perniagaan tersebut.Beliau berharap syarikat
FELCRA BINA Sdn Bhd bertambah maju dan seterusnya dapat menyalurkan
zakat syarikat pada masa hadapan.

Seramai 34 orang telah dipilih untuk menerima zakat tersebut.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam 'Nasi Ambang'.

Tn Hj Abidin dan Tn Hj Nik Saberi














Pengerusi Surau menyampaikan zakat


























Pengerusi Badan Khairat menyampaikan zakat


























Tim. Pengerusi Badan Khairat menyampaikan zakat


























Penerima zakat membuat tandatangan pengesahan













Jamaah muslimin Surau dlm majlis tersebut













Jamaah muslimat













Penerima zakat



























Admin...

Saturday, October 19, 2013

Mesyuarat Agung Surau Al Mukhlisin




Dijemput muslimin dan muslimat untuk hadir pada mesyuarat tersebut.

Tarikh : 27.10.2013 (Ahad)
Masa :  8-30 pagi
Tempat : Surau Al Mukhlisin Taman Desa Baiduri.


Friday, October 18, 2013

PROGRAM - HARI RAYA EIDUL ADHA

Pihak AJK surau telah merancang beberapa program sempena - 
Hari Raya Eidul Adha pada hari Selasa - 15.10.2013 -1434H.

1. Takbir Malam Raya :

Jamaah telah bertakbir dan membaca doa selamat di rumah En Ramli bin Ahmad, 
Jln 2C, pada malam tersebut.

2. Sembahyang Sunat Hari Raya :

Sembahyang sunat hari raya telah dimulakan pada jam : 8.15 pagi...
Imam (Katib) jemputan ialah Tn Hj Ust. Ahmad iaitu Imam 2 Masjid 
Al Ikhwaniah, Cheras Utama.

3. Ibadat Korban :

Pada tahun ini sebanyak 7 ekor lembu telah dikorbankan di Surau Al Mukhlisin...
Alhamdulillah dengan bantuan jamaah surau, ibadat korban tersebut berjalan
 lancar seperti yang dirancang.
Selepas waktu zuhur - Jamaah surau telah dijemput makan tengah hari 
di perkarangan surau.

SEKITAR IBADAT KORBAN : 






































































Alhamdulillah...Semuga korban kita diterima dan mendapat ganjaran oleh ALLAH..

Admin..

Tuesday, July 9, 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAQ


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubaraq