Tuesday, June 25, 2013

MAJLIS TAHLIL PERDANA 2013





Majlis Tahlil Perdana 2013
Anjuran : Badan Khairat Kematian Taman Desa Baiduri (Awam)
Pada : 30 June 2013 (Ahad)
Masa : 9-30 pagi
Tempat : Surau  Al Mukhlisin Taman Desa Baiduri

Dijemput muslimin dan muslimat hadir pada Majlis Tahlil Perdana ini.

Admin...

Thursday, June 13, 2013

SURAH AL KAHFI...


Kelebihan mengamalkan Surah Al Kahfi :                             


Selain dari rutin masyarakat Melayu mengamalkan surah Yassin pada malam Jumaat, biasakan juga membaca surah Al-Kahfi yang mempunyai banyak fadhilat dan sangat baik dikhususkan utk bacaan pada Hari Jumaat (bermula lepas Maghrib hari Khamis sehingga ke Solat Jumaat). Memang panjang (110 ayat) tetapi jika dibiasakan amalan membacanya akan terasa mudah seperti mudahnya kita membaca surah Yassin, InsyaAllah.

 Hidup kita di akhir zaman penuh dengan fitnah sehingga sukar membezakan antara yang benar dan yang salah. Kepada siapa lagi untuk memohon perlindungan kecuali Allah swt. Semuga kita semua terpelihara dari fitnah Dajjal.

(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.” 

(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” 

(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” 

(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.



Wednesday, June 5, 2013

KULIAH MAGHRIB JUNE 2013


Kuliah Maghrib bulan June 2013H/1434M - Surau Al Mukhlisin Taman Desa Baiduri.









































Kitab Syariat & Hakikat - Pengajian olih Ust.Fakhurazi.
























Dijemput muslimin dan muslimat untuk hadir Pengajian kuliah Maghrib ini.


SUNNAH-SUNNAH HARI JUMAAT...







































Admin...