Sunday, July 29, 2012

PROGRAM RAMADHAN SURAU AL MUKHLISIN DESA BAIDURI
















 A. Pihak AJK Surau telah merancang pelbagai program atau aktiviti dalam
      bulan Ramadhan ini, diantaranya adalah :

1. Solat Tarawih dilakukan 8 rakaat, akan diimamkan olih 2 Imam Hafiz. 

2. Selepas Solat Isya' sebelum Solat Tarawih - akan dibuat Tahlil arwah,
    borang-borang tahlil arwah bolih didapati di surau.

3. Selepas 4 rakaat Solat Tarawih, Tazkirah Ramadhan akan dilakukan olih
    ustaz yang telah diundang. Selepas Tazkirah akan disambung semula 4 rakaat
    Solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Witir.

4. Tadarus Al Quran dijalankan selepas selesai Solat Tarawih.

5. Pihak surau akan menyediakan Majlis Berbuka Puasa setiap hari dan
    menjemput ahli kariah untuk berbuka puasa bersama-sama.

B. Program Ziarah - Anjuran Badan Khairat Kematian Taman Desa Baiduri.

    Program Ziarah ini telah dijalankan pada hari Ahad - 29. 7.2012 bersamaan
    9 Ramadhan 1433H, selepas solat zuhur. Seramai 21 jemaah surau
    bersama-sama Pengerusi, Tim. Pengerusi dan Setiausaha Badan Khairat
    Kematian mengikuti Program Ziarah ini. Dalam program ini juga sumbangan
    derma telah disampaikan kepada saudara kita yang sakit, hasil sumbangan
    dari jemaah surau.

    Rumah saudara kita yang sakit telah diziarahi ialah :

    1. Saudara Anuar Jalan 2B.
    2. Tuan Hj Aziz Jaafar - Blok Mutiara.
    3. Saudara Nazri - Blok Mutiara.

    Semuga saudara-saudara kita dan keluarga yang sakit ini tabah menghadapi
    ujian allah dan kita sama-sama berdoa agar disembuhkan penyakitnya..
    Insyaallah.

Tn Imam Aziz dan Tn Imam Azmi.



















Bacaan Doa - di rumah En Anuar 2B
  


















Jemaah dlm program ziarah tersebut.






















Tim. Pegerusi Tn Hj Yahaya menyampaikan sumbangan.