Wednesday, November 30, 2011

Power of 'Bismillah'


Bukti kehebatan Nama ALLAH terhadap Binatang....

Sila lihat Video ini :

"Power of Bismillah"

 Allah Maha Besar.....Allah Maha Agong....Allah Maha Pencipta.....

Saturday, November 26, 2011

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Awal Muharram.

Doa Akhir Tahun.



































Doa ini dibaca bila2 akhir waktu Asar pada akhir Bulan Zulhijjah.

Doa Awal Tahun.



































Doa ini  dibaca bila2 selepas Maghrib pada 1 Muharam.

Marilah kita sama-sama hadir ke surau dan berdoa bersama-sama,
bersempena  Akhir Tahun dan Awal Tahun - Awal Muharram 1433H.
pada 26.11.2011, jam : 6.30pm di Surau Al Mukhlisin Taman
Desa Baiduri....

Thursday, November 24, 2011

Mesyuarat Agong Surau - Ke 5

Tempat : Surau Al Mukhlisin Taman Desa Baiduri.

Tarikh : 4 Dec 2011 (AHAD).

Masa : 8-30 pagi.

Muslimin dan Muslimat anak khariah 
Taman Desa Baiduri dijemput hadir....

Sunday, November 20, 2011

Kelebihan Berzikir dari sudut Sains








Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.

Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dapat dikenal pasti melalui kaedah electroencephalography (EEG).

Kaedah EEG yang digunakan untuk mengenalpasti aliran bio-elektrik

















Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Majalah Scientific American, Disember 1993



















Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Ujian imbasan PET















Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”















Oleh itu saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita sudahpun lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang rendah kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Wednesday, November 9, 2011

Tn Imam dianugerahi CUCU sulung...


Alhamdulillah...Syukur kepada Allah, Tuan Imam kita En Abd Aziz bin Zakaria
telah dianugerahi cucu sulung, Anak perempuan beliau telah selamat
melahirkan anak lelaki sulung kira-kira pukul 9.00 pagi, hari Selasa
bersamaan 8 Nov 2011 (12 Zulhijah 1432H).

Kami bagi pihak AJK Surau Al Mukhlisin dan Badan Khairat Kematian Taman
Desa Baiduri mengambil kesempatan disini mengucapkan Tahniah kepada
Tn Imam yang kita sayangi lagi dihormati.....Moga-moga cucu beliau nanti
akan mengambil alih tugas IMAM pada suatu hari nanti.

Insyaallah (Amin)...
Bakal Imam - Surau kita...

Tuesday, November 8, 2011

Majlis Ibadah Qurban dan Aqiqah - 2011 (1432H)

Majlis Ibadah Qurban dan Aqiqah Surau Al Mukhlisin Tmn Desa Baiduri
telah berlansung pada hari raya kedua - 7.11.2011. Pada majlis ini sebanyak
2 ekor lembu telah disembelih untuk aqiqah dan 4 ekor lembu untuk qurban.
Majlis ini berlansung seawal pagi jam 7.40am....Pihak surau telah mengagihkan
tugas-tugas kepada jemaah surau kepada 7 orang untuk menguruskan seekor
lembu seperti tugas2 melapah,menimbang daging dan lain-lain..
(6 ekor lembu - 42 orang petugas). Petugas-petugas bahagian memasak
daging aqiqah diserahkan kepada 10 orang muslimin dan lebih kurang
20 orang muslimat...Program ini berjalan dengan lancar dan sangat meriah
dengan bantuan dan kerjasama penduduk Taman Desa Baiduri..

Selepas solat zohor, jemaah surau membuat tahlil arwah dan doa selamat
untuk dihadiahkan pada arwah-arwah keluarga kita yang telah pergi...
Majlis doa selamat ini dipimpin olih Tn Imam kita, En Azmi Mahmud.
Alhamdulillah...

Jam - 7.40am....lembu-lembu qurban dan aqiqah masih berehat lagi...



Petugas-petugas korban sedang menumbangkan lembu...Penyembelihan lembu
dilakukan olih tukang sembelih kita : Tn Hj Herman, Tn Hj Ghani dan Tn Hj Nik
Saberi...







































Kerja-kerja melapah dan penimbangan daging...






















Kerja-kerja memasak daging Aqiqah














Pembahagian daging korban...


















Jamuan Makan...




























Tetamu cilik kita...